Wednesday, November 10, 2010

SESAT

Hari-hari yang aku lalui semakin gelap dan sinar cahaya itu semakin menjauh dari ku... Puas ku cari dan ku nanti namun ia tak kunjung tiba... Semakin di cari semakin ia menjauhiku... Lalu di satu lorong aku tersedar yang aku rupanya sudah tersesat... Kesesatan itu terlalu jauh untuk aku kembali.. semakin aku mencari jalan pulang semakin jauh aku tersesat.. mencari-cari sekiranya ada yang sudi membimbing aku ke jalan yang benar.. Namun masih belum aku temui manusia itu.. Dan adakah manusia itu wujud..pun aku tak pasti... Dalam kesamaran aku masih lagi mencari.. mencari yang aku sendiri tak pasti... adakah jalan dan manusia yang aku cari itu wujud... hari-hari yang kulalui semakin banyak cabang- cabang jalan aku perlu pilih dalam mencari kebenaran.. Namun selalunya cabang yang ku pilih itu salah dan ianya membuat aku semakin jauh tersesat....

Dimanakah jalan? dimanakah manusia itu.. tolong tunjukkan aku... aku tak ingin berjalan lagi.. aku takut setiap langkah yang ku hayun akan membuatkan aku lebih jauh tersesat... aku ingin berhenti disini.... Dan andai dapat diberi pilihan aku ingin menamatkan perjalanan hidupku.. mungkin itu adalah yang terbaik untukku supaya tidak tersesat lebih jauh... tapi aku tidak berdaya untuk melaksanakan pilihan aku itu... Ianya bukan dalam keupayaan ku.. ianya hak milik kekal Yang Maha Esa... ya.. mungkin aku boleh membuat permohonan kepadaNYA...
pada tanggal 28 April 2009 aku telah menyertai perandingan kaizen wilayah zon selatan... CTRM hantar 3 group iaitu STE, CR dan ENERGY..
aku dari kumpulan STE
ALhamdulillah group aku dapat emas dan leh g peringkat seterusnya.. group aku diwakili oleh aku sendiri, kak farina, kak asrar dan en hamdan sebagai presentor dan ahli kumpulan lain ialah kak mariam, ho dan Ammar...