Tuesday, December 22, 2009

Tinggalkanlah Cinta

Artist: ADA Band
Album: Peradaban 2000
Satu hari demi hari kujalani hidup ini
Satu langkah demi langkah kulalui
Walau tanpa kenangan akan indah cintamu

Kucoba tuk menghalau bayangmu
Namun kau selalu mencoba meraih

Tinggalkanlah cinta .. bila hati tiada memiliki
Tinggalkanlah semua .. bila hati tak ingin bicara
Biarkanlah cinta .. bila hatimu tak kumiliki
Lupakanlah semua .. bila hati tak ingin bersama
Oh.. oh

Satu waktu demi waktu
Kumenata diri
Tanpa kau mengusik tentramnya jiwaku

Hadapi Dengan Senyuman

Artist: Dewa
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Saturday, November 21, 2009

tanggal 21.11.09 aku akan mulakan kehidupan ku yang baru tanpa kehadiran seseorang yang aku sayang.. melupakannya..walaupun dah 3 tahun aku bersamanya... takdir tuhan menentukan semuanya..Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang...Kuatkan hatiku..redhakan lah hatiku diatas kehilangannya...
Tuhan..
amat berat dugaan yang berikan...berikanlah aku jalan yang terbaik untuk diriku..tunjukkankah aku jalanMu yang benar...kuatkan imanku.kuatkan semangatku..kuatkan juga hatiku... untuk melupakannya...hanya Engkau yang tau apa yang terbaik untuk diriku....
Tuhan...
Jadikanlah aku orang yang tabah..aku tau setiap apa yang terjadi adalah yang terbaik untuk kuDAri MU..namun Ya Allah..aku tak mengerti ujianmu ini...apakah ader lebik baik dari ini yang akan aku terima pada masa akan datang...hanyaEngkau yang tau apa yang ternaik untukku...
Tuhan...
Semoga apa yang terjadi pada hari ini adalah permulaan kepada kebahagiaan untukku di masa akan datang...
Semoga keperitan yang aku alami hari ini adalah permulaan kesenangan untuk hari esok
Semoga hari esok membawa seribu rahmat Dari Mu...
Semoga hari esok ada sinar baru yang menyinari hidupku
Semoga hari esok adalah titik bahagia dalam diriku
Tuhan..
setelah KAu uji ku sebegini rupa..Kau KAbulkanlah permintaanku....
jauhkanlah kesedihan dariku
jauhkanlah kekecawaan dalam hatiku
jauhkanlah air mata ku ini dari jatuh hanya kerana dia....
amiiiinnnnnnn

Tuesday, November 17, 2009


masa aku ngah tengok gambar2 dalam internet nih aku tertarik ngan gambar nih..
gambar ni namapak suram sesuram hati aku... mmm.. ntahlaa.. aku dapat rasakan yang gambar ni kesunyian. pokok2 ni sendiri walaupun ader ramai lagik teman2 pokok di sekelilingnya..mungkin pokok ni sedang menantikan sesuatu yang tak pasti...
mmmm ni cerita pokok ke cerita aku ea.....

Wednesday, October 21, 2009

majlis hari raya cawangan BPPA

NI GAMBAR SEBELUM KITORANG MAKAN... BUDAK2 NI SEMUA PRE CAM AKU GAK.. HEHEHE
Diorang ngada-ngada.. nak amik gambar pun susah.... almaklumlah.. dalam gambar ni sume dah kawin..kecuali yang pakai tudung pink.. single and available...
gambar terbaru aku... hheee.. dah gemuk.. sebab makan jer lepas raya nih... banyak jamuan raya. tapi tetap cute lagik....
jangan kontroversi ea... ni PT aku.. heeehheee.aku keje ngan dia gak.. budak kecik lagik nih... boss takdelak mase nih.. ntah manr ntah.. cari makan...
nyam..nyam..nyam.... antara makanan yang dihidangkan.. boleh r tahan..takder r sedap maner...


bukti wat keje ea...tolong susun buah untuk tetamu..

dapat keje baru

assalamualaikum...
masa 15.6.09 aritu aku pindah keje dari ctrm ke kementerian pelajaran malaysia(KPM) kat putrajaya.. bermulah journey aku sebagai perantau. sedih gak sebab kene berjauhan ngan mak dan ayah.. tapi nak wat camner...
kerja aku kat KPM ni kontrak jer.. aku dapat sebagai Pen.Peg pakej rangsangan ekonomi. kerja 6 bulan jer.. kalo nasib baik dapat r sambung.. kalo tak kene cari keje len.. and skang aku ngah wat persediaan...
jadi perantauan bukannya seindah yang disangkakan.. kene independent, jadi seorang yang matang dan boleh berfikir secara rasional...

pengalaman mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..moga ALLAH mengampun segala dosa2 ku yang lalu dan memudahkan segala kehidupan ku

amiiiiiiinnnnnn

Tuesday, October 6, 2009

Assalamualaikum
Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:
1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit... (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitusujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis y! g membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan..
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Monday, July 27, 2009

HAPPY BIRHDAY TO ME

Happy Birthday to Me
Happy Birthday to Me
Happy Bitrhday To Afifah
Happy Birthday To Me....

Heheehehee.... 23.07.2009 Birthday aku yang ke 25...hehehe dah tua rupanya... Semoga tahun ini membawa seribu keberkatan dah rahmat Allah yang melimpah ruah...

Semoga aku adalah diantara hamba yang tepilih menjadi hamba istimewa Mu Tuhan...Amiiiiiinnnnn

Friday, May 22, 2009

Rahsia Kuasa Minda

Dah lama tak bercerita ngan korang... almaklumlah... busy jer.. tak sempat nak update..
ayah dah pulih.alhamdulillah..berkat doa semua ayah aku dah bali rumah dan sedang berehat...

RAHSIA KUASA MINDA JUTAWAN

Baru2 ni aku ada menghadiri satu kursus seperti yang aku tulis kat atas nilah.. kursus ni aku ikuti untuk meningkatkan pengetahuan aku.. kita semua nak berubah kepada yang baik kepada lebih baik betul tak?
Dalam Class ni aku belajar macamana nak jadi orang yang berjaya..

aku sharing ngan korang sikit apa yang aku dapat dalam class tu

prinsip untuk berjaya
  1. How you do anything is how you do everything.
  2. komited 100%
  3. speed
  4. Is Now or Never

Kesimpulannya.. kalau nak berjaya mesti ada 4 prinsip ni dalam hidup kita...

aku invite korang untuk hadiri training ni.sebab bagi aku training ni bagus dijadikan sebagai asas untuk berjaya..bukan senang nak barjaya.. nak berjaya kene ikut orang yang berjaya...

sesiapa yang berminat boleh r email kat aku

eifa_84@yahoo.com atau afiefah84@gmail.com

salam kejayaan untuk semua

Monday, May 11, 2009

AYAH

Semalam(10.05.09) ayah dikejarkan ke hospital sebab serangan jantung.Berdebar2 gak takut pape jadi kat ayah.. Ayah dimasukkan ke Hospital Melaka wad 3-2 dan aku temankan ayah sepanjang malam...
Aku tatap wajah ayah sepanjang malam dan hati aku berdetik andaikata suatu hari nanti ayah tiada apa yang akan jadi pada diri ku...
InsyaAllah...aku berjanji dengan diriku untuk dapatkan tempat terbaik untuk ayah menerima rawatan jantungnya....
Rakan2 memberikan kata semangat untuk aku dan aku amat hargainya antaranya adalah orang yang menjadi idola aku iaitu AMZAHARI yang bekas MANAGER INSURAN yang kini mempunyai perniagaannya sendiri dan berjaya didalan kehidupannya ..antara kata-katanya ialah

DUGAAN DAN CABARAN MEMANG AKAN HADIR DALAM HIDUP KITA UNTUK DIWARNAI
TAPI JANGANLAH KITA JADIKAN IA SEBAGAI PELEMAH SEMANGAT
KELEMAHAN KITA AKAN JADIKAN KITA ANTARA ORANG-ORANG YANG PUTUS ASA YANG MANA SEBENARNYA KITA TIDAH DILAHIRKAN MENJADI SEORANG PENGALAH TAPI ADALAH PEMENANG.


Thursday, May 7, 2009

Selamat Hari Ibu



Assalamualaikum..


Tanggal 10hn April adalah hari yang sangat bermakna dimana seluruh dunia akan menyambut HAri Ibu...Jadi pada anak-anak jangan lupa buat sesuatu yang special untuk ibu tercinta...

Pada hari ibu ini aku ngna ayah nak bawak mak pegi Johor...saje nak bawak dia jalan memandangkan sejak akhir-akhir ni aku tak ada masa untuk dia..

Kepada sesiapa yang membaca blog ni aku ingin berkongsi satu email ni yang aku dapat dari member aku... buat tatapan semua

ini adalah ibuku



Thursday, April 30, 2009





Thursday, April 23, 2009

Sungguh indah ciptaanNya. Dikala manusia leka dengan hidupnya,Allah terus memberikan cahaya untuk HambaNya..
Kita selalu leka menikmati keindahan yang di pinjamNya sedangkan kenikmatan itulah yang tak dapat kita lihat walau dimana jua

pada tanggal 28 April 2009 aku telah menyertai perandingan kaizen wilayah zon selatan... CTRM hantar 3 group iaitu STE, CR dan ENERGY..
aku dari kumpulan STE
ALhamdulillah group aku dapat emas dan leh g peringkat seterusnya.. group aku diwakili oleh aku sendiri, kak farina, kak asrar dan en hamdan sebagai presentor dan ahli kumpulan lain ialah kak mariam, ho dan Ammar...